Cari @ Amanz

Chromebook merupakan penawaran komputer berasaskan sistem operasi Chrome OS yang disediakan oleh Google. Ia memfokuskan kepada penawaran perkhidmatan berasaskan awan, selain telah pun diperluaskan untuk menyokong aplikasi Android.

Terbaru, melalui sebuah temuramah, pihak pembangun Chrome OS mengatakan yang mana Google sedang dalam usaha membolehkan Chromebook menjalankan platform permainan popular, Steam.

Steam mempunyai ratusan pilihan permainan menarik, dan sokongan berkenaan sekaligus akan membuatkan Chromebook menjadi salah satu pilihan dikalangan pencinta permainan video.

Ini juga secara tidak langsung memberikan gambaran kita akan melihat penawaran Chromebook dengan sokongan grafik lebih berkuasa, dan mungkin ramai kelak akan menggunakannya untuk tujuan permainan.

Sebelum ini, Google turut telah mengumumkan yang mana perkhidmatan penstriman permainan mereka, Stadia – akan turut menyokong Chrome OS.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd