Carian
Samsung Hadir Dengan Pelan Ansuran Sehingga 36 Bulan Untuk Pembelian Galaxy Fold
January 18, 2020 Aman

Samsung Malaysia hari ini telah hadir dengan sebuah pelan ansuran sehingga 36 bulan untuk pembelian telefon dengan skrin boleh-lipat mereka, iaitu Galaxy Fold. Melalui pelan ini, pengguna boleh mendapatkan Galaxy Fold pada harga berjumlah RM7689 – sekaligus memperlihatkan penjimatan RM699 berbanding harga jualan biasa.

Melalui promosi yang ditawarkan, Samsung menyediakan tiga pelan berbeza – sama ada untuk 12 bulan, 24 bulan atau 36 bulan. Ketiga-tiga pelan hadir dengan rebat sebanyak RM699.

Untuk mendapatkan Galaxy Fold ini, pengguna perlu ke kedai-kedai Samsung terpilih yang menawarkan promosi ini, sekaligus mendapatkan telefon boleh-lipat ini pada harga diskaun.

Bagi anda sendiri, adakah anda akan mendapatkannya? Atau menantikan pengenalan generasi baru peranti berkenaan pada Unpacked bulan Februari 2020 kelak.

Komen