Cari @ Amanz

Instagram sebelum ini telah sedia memfokuskan kepada penawaran IGTV yang membolehkan pengguna menerbitkan kandungan video pada durasi lebih lama. Ia ditawarkan dalam sebuah aplikasi berasingan, selain turut diintegrasikan pada aplikasi utama Instagram.

Malah, sebelum ini, sebuah butang akses pantas turut disertakan pada bahagian penjuru atas kanan aplikasi utama Instagram. Namun, kini ia dilihat Instagram membuangnya melalui kemaskini terbaru aplikasi berkenaan.

Langkah ini diambil pihak Instagram kerana amat sikit pengguna yang mengakses IGTV melalui butang berkenaan. Sebaliknya, pengguna lebih selesa mengakses kandungan ke IGTV melalui perkongsian melalui feed pada aplikasi Instagram.

Bagi anda sendiri, adakah anda selesa menggunakan IGTV untuk kandungan video berdurasi lama, atau lebih selesa dengan YouTube?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd