Cari @ Amanz

WhatsApp Messenger merupakan salah satu perkhidmatan permesejan popular yang digunakan pengguna seluruh dunia. Apa pun, kini ia dilihat WhatsApp Messenger menghadapi sedikit masalah teknikal dikalangan sejumlah pengguna.

Pengguna melaporkan masalah untuk menghantar fail media, seperti gambar, audio dan sebagainya. Percubaan kami sekali memperlihatkan pengguna sukar untuk menghantar gambar kepada yang lain, selain turut menghadapi masalah ketika mengemaskini WhatsApp Status.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah masalah ini akan selesai sepenuhnya. Bagi anda sendiri, adakah anda menghadapi masalah sama?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd