Cari @ Amanz

Sejak awal tahun lepas, kerajaan Malaysia melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bersama-sama dengan syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan telah mula menguji rangkaian 5G di negeri-negeri Malaysia.

Malam ini, di acara pembukaan Projek Demonstrasi 5G Malaysia di Langkawi, Al-Ishsal Ishak, Ketua Pegawai Eksekutif SKMM berkata bahawa beliau menjangkakan bahawa teknologi rangkaian 5G ini boleh dikomersilkan menjelang suku ketiga pada tahun 2020.

Projek Demonstrasi 5G

Beliau tidak memberi sebarang butiran mengenai industri-industri yang akan mula mengkomersilkan rangkaian 5G tersebut, tetapi berdasarkan ujian-ujian yang sedang dijalankan di sekitar negara, seperti Pulau Langkawi, SS15 dan Pulau Pinang, kita mungkin akan melihat beberapa industri tempatan menggunakan teknologi rangkaian tersebut.

Malah, tidak keterlaluan jika kita akan melihat syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan mula memperkenalkan pelan-pelan yang menggunakan rangkaian 5G seawal tahun ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd