Leica M10 Monochrom Dilancarkan Khusus Untuk Fotografi Hitam Putih

Leica M10 Monochrom Dilancarkan Khusus Untuk Fotografi Hitam Putih

Diterbitkan pada Jan 20, 2020 oleh .

Leica M10 Monochrom ialah kamera khusus untuk fotografi hitam putih generasi ketiga dilancarkan oleh Leica. Berbeza dengan dua model sebelum ini, M10 Monochrom ialah yang perlu dilengkapi dengan sensor yang direka khusu untuk fotografi tanpa warna. Sensor ini adalah sebesar 40-Megapixel bingkai penuh dengan julat ISO 160 hingga 100,000. Dengan sensor khusus ini, Leica berkata gambar yang diambil adalah lebih tajam berbanding menggunakan sensor warna yang diubahsuai.

Kamera mampu mengambil gambar sehingga 10 bingkai sesaat tetapi tiada kemampuan melakukan rakaman video. Pada bahagian belakang terdapat sebuah skrin sesentuh sebesar 3-inci. Lensa cagak M boleh digunakan dan juga cagak R dengan menggunakan penyesuai. Seperti kesemua kamera digital moden, M10 Monochrom mempunyai sokongan WiFi dan aplikasi FOTOS bagi memudahkan pemindahan gambar. Leica M10 Monocrom dijual pada harga $8,295 (~RM33,674) tanpa sebarang lensa.



TIPS & ULASAN