Cari @ Amanz

Projek kereta api halaju tinggi di Malaysia ditangguh beberapa kali dan kini dijangka akan beroperasi pada tahun 2031. Di negara seperti Jepun, sistem kereta api yang bergerak lebih pantas berbanding kereta telah wujud hampir enam dekad. China kini menjadi negara yang memandang serius keperluan kereta api halaju tinggi bagi memacu pembangunan. Mereka kini menjadi negara pertama mempunyai perkhidmatan kereta api swapandu halaju tinggi pertama di dunia.

Kereta api buatan CRRC Corporation ini mampu bergerak pada kelajuan 350 km/j menyambungkan bandaraya Beijing dan Zhangjiakou sempena Sukan Olimpik musim sejuk 2022. Operasi dimulakan sejak 30 Disember lalu selepas tempoh pembinaan selama empat tahun dan memendekkan masa perjalanan dari tiga jam ke hanya 45 minit.

Selain kemampuan bergerak dengan pantas, kereta turut dilengkapi rangkai 5G dan pengecasan nirwayar pada tempat duduk penumpang. Walaupun mempunyai kemampuan swapandu, seorang konduktor manusia masih diletakkan di dalam kabin atas sebab keselamatan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd