GSMA – 24 Pasaran Di Rantau Asia Pasifik Dijangka Akan Melancarkan Rangkaian 5G

GSMA – 24 Pasaran Di Rantau Asia Pasifik Dijangka Akan Melancarkan Rangkaian 5G

Diterbitkan pada Jan 20, 2020 oleh .

Di acara Persidangan Antarabangsa 5G Malaysia yang sedang berlangsung pada hari ini, pihak GSMA telah membuat beberapa pengumuman menarik mengenai keadaan rangkaian 5G di rantau Asia Pasifik.

Menurut Julian Gorman, Ketua Rantau APAC, GSMA, sekurang-kurangnya 24 negara di rantau ini akan mempunyai rangkaian 5G mereka sendiri menjelang tahun 2025 kelak.

Diantara negara-negara Asia Pasifik yang sudahpun mula atau sedang memulakan persediaan melancarkan rangkaian 5G mereka sendiri termasuklah Korea Selatan, Australia, Hong Kong, Filipina, Singapura, Malaysia dan sebagainya.

Menjelang 2025, negara-negara seperti Brunei, Kemboja, Indonesia, Myanmar dan Thailand juga akan hadir dengan sistem rangkaian 5G mereka sendiri, dan rantau ini akan menjadi salah satu daripada yang paling maju di dunia.

Menurut Gorman lagi, ia dijangka bahawa purata pengguna 5G di rantau ini akan berada di sekitar 18 peratus, tetapi untuk para pengguna di Malaysia, purata tersebut sedikit lebih tinggi pada kadar 20 peratus.

Slaid maklumat GSMA juga menunjukkan bahawa Malaysia akan mula memperkenalkan rangkaian 5G pada tahun ini, tetapi buat masa ini tiada siapa mengetahui bilakah ia akan mula diperkenalkan.


TIPS & ULASAN