Carian
Tiada Lagi GrabRewards Untuk Pembayaran Tunai Bermula 15 Mac 2020
January 20, 2020 Aman

GrabRewards merupakan salah satu sebab utama ramai pengguna menggunakan dompet digital Grab – dimana pengguna akan menerima mata ganjaran untuk setiap transaksi, yang mana kemudiannya ia boleh ditebus untuk sesuatu yang diinginkan oleh pengguna.

Apa pun, bermula 15 Mac 2020 kelak, Grab membawa sedikit perubahan kepada sistem mereka. Menurut Grab, melalui kemaskini terbaru, mereka tidak lagi akan menawarkan mata ganjaran GrabRewards untuk transaksi tunai. Sebaliknya, pengguna digalakkan untuk melakukan transaksi secara nirtunai menggunakan GrabPay pada aplikasi berkenaan.

Grab mengatakan langkah ini adalah selari dengan aspirasi kerajaan untuk mengalakkan transaksi nirtunai dan gaya hidup digital dikalangan pengguna.

Komen