Sebanyak RM66 Juta Telah Diagihkan Dibawah Program eTunai Rakyat Sehingga Kini

Sebanyak RM66 Juta Telah Diagihkan Dibawah Program eTunai Rakyat Sehingga Kini

Diterbitkan pada Jan 20, 2020 oleh .

eTunai Rakyat merupakan salah satu inisiatif yang telah dimulakan oleh kerajaan untuk tahun 2020 ini dalam usaha untuk mengalakkan lagi transaksi secara nirtunai. Ia telah dimulakan sejak 15 Januari 2020 lepas, dan menurut angka terbaru yang dikongsikan, kerajaan mengatakan sebanyak RM66 juta telah diagihkan melalui program ini.

Inisiatif eTunai Rakyat ini menawarkan imbuhan sebanyak RM30 untuk rakyat Malaysia, dan ditawarkan melalui salah satu dompet digital – iaitu antara Touch n Go eWallet, Boost atau GrabPay. Pengguna boleh menebusnya, dan menggunakan ia dalam transaksi secara nirtunai – sekaligus mengalakkan gaya hidup digital.

Bagi anda yang belum menebusnya, boleh memuat-turun salah satu dompet digital berkenaan, dan memohon imbuhan sebanyak RM30 terus melalui dompet digital berkenaan.


TIPS & ULASAN