Imej Sebenar Xiaomi Mi 10 Pro 5G Tertiris

Imej Sebenar Xiaomi Mi 10 Pro 5G Tertiris

Diterbitkan pada Jan 20, 2020 oleh .

Xiaomi Mi 10 akan dilancarkan bulan hadapan dan ia telahpun disahkan akan menggunakan cip Snapdragon 865. Dengan tarikh pelancarannya semakin hampir, imej sebenarnya Mi 10 Pro 5G telah tertiris hari ini. Selain rekaan fizikal peranti, kotak dan juga pengecas 65W yang disertakan juga dapat dilihat di bawah.

Peranti dilengkapi skrin melengkung pada sisi lengkap dengan lubang untuk kamera swafoto. Pada sisi kanan pula terdapat butang suara serta kuasa. Seperti Mi 9, Mi 10 Pro 5G tidak akan dilengkapi bicu audio 3.5mm.

Spesifikasi Xiaomi Mi 10 Pro 5G yang tertiris sebelum ini mendakwa ia dilengkapi memori sehingga 12GB, storan sehingga 512GB, kamera utama 108MP + 48MP + 12MP + 8MP, bateri  4500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 65W SuperMi dan 40W pengecasan pantas nirwayar. Memori pula adalah 12GB RAM dengan storan dalaman sehingga 512GB.


TIPS & ULASAN