Carian
Ini Ialah Senarai 22 Peranti Huawei Yang Akan Menerima EMUI 10 Versi Global
January 21, 2020 Effi Saharudin

EMUI 10 yang berasaskan Android 10 diumumkan pada Ogos tahun lalu. Namun begitu proses kemaskini buat masa ini masih ditumpukan kepada peranti untuk pasaran China sahaja. Menurut laproan GSMArena pagi ini, Huawei telah mengeluarkan senarai peranti yang akan menerima EMUI 10 versi global bermula bulan ini

Proses kemas kini OTA untuk peranti global akan bermula dengan Mate 20 and P30 sebelum diberikan kepada peranti lain di senarai di bawah secara berperingkat. Dengan senarai ini sekurang-kurangnya pengguna peranti Huawei di luar China kini tidak lagi tertanya-tanya adakah kemas kini akan diterima ataupun tidak.

  1. Huawei Mate 10
  2. Huawei Mate 10 Porsche Design
  3. Huawei Mate 10 Pro
  4. Huawei Mate 20
  5. Huawei Mate 20 Lite
  6. Huawei Mate 20 Pro
  7. Huawei Mate 20 RS Porsche Design
  8. Huawei Mate 20 X
  9. Huawei Mate 20 X 5G
  10. Huawei Mate RS Porsche Design
  11. Huawei nova 4
  12. Huawei nova 4e
  13. Huawei nova 5T
  14. Huawei P20
  15. Huawei P20 Pro
  16. Huawei P30
  17. Huawei P30 Lite
  18. Huawei P30 Pro
  19. Huawei P Smart+ 2019
  20. Huawei P Smart 2019
  21. Huawei P Smart Pro
  22. Huawei P Smart Z
Komen