Cari @ Amanz

Google Chrome adalah pelayar web yang popular. Tidak kira di Android, Windows, atau macOS – pasti ada yang lebih gemar menggunakan pelayar web ini berbanding dengan pelayar web lain. Ini kerana, pelayar web ini mempunyai pelbagai fungsi dan ciri menarik. Selain itu adalah kemampuan penyeleraian antara multi-platform. Buka web A di Android, sejarah web yang dilayar boleh dilihat di Windows pula.

Terkini dalam Chromium Gerrit, terdapat satu barisan kod yang akan menjadikan Google Chrome pada Android lebih menarik. Kelak, pelayar web ini akan membenarkan pengguna salin gambar dari sesebuah laman web terus ke papan klip. Ini bermakna, berkongsi gambar kelak akan lebih mudah. Hanya tekan, salin dan tampal. Sebelum ini, gambar hanya boleh dikongsi melalui share sheet atau perlu dimuat turun terlebih dahulu.

Apabila kod ini diaktifkan dalam Chrome Canary, hanya fungsi Preview Image sahaja terpapar. Jadi apa akan terjadi jika tekan, masih tidak kelihatan. Seterusnya, kelak dalam menu ini mungkin akan pilihan Copy Image. Apa-apa pun, kita perlu nantikan kemaskini akan datang. Sama-sama kita nantikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd