Harga Jualan Vivo NEX 3 Dan V17 Dikemaskini – Kini Bermula Dari RM1499

Harga Jualan Vivo NEX 3 Dan V17 Dikemaskini – Kini Bermula Dari RM1499

Diterbitkan pada Jan 21, 2020 oleh .

Perayaan tahun baru Cina akan disambut hujung minggu ini. Seperti biasa pelbagai promosi mula ditawarkan bagi menarik minat pengguna yang inginkan peranti baru sempena tahun baru. Hari ini Vivo mengumumkan penurunan harga ke atas dua peranti mereka iaitu Vivo NEX 3 dan V17.

Vivo NEX 3 kini ditawarkan pada harga RM3499 berbanding harga asal RM3899. Vuvo V17 pula ditawarkan pada harga RM1499 berbanding harga asal RM1699. Tawaran harga rendah ini akan berterusan sehingga 31 Januari 2020 sahaja. Bagi pengguna yang berminat kedua-dua peranti boleh dibeli terus menerusi portal rasmi Vivo Malaysia atau rakan niaga Shopee, Lazada dan Presto Mall hari ini.



TIPS & ULASAN