Cari @ Amanz

Sejak permulaan era telekomunikasi, kita telah melalui fasa 1G, 2G, 3G, sehinggalah kini digunakan meluas adalah 4G. Ia sedia menawarkan kemudahan akses data dan internet dimana-mana – sekaligus meletakkan informasi dihujung jari pengguna. Bergerak kehadapan, kini Malaysia sedang dalam persiapan memasuki era 5G.

Huawei Mate 30 Pro 5G

Dalam menerajui Malaysia ke era 5G, syarikat yang memainkan peranan utama adalah Huawei. Seperti ramai sedia maklum, Huawei menyediakan bukan sahaja peranti mudah-alih, tetapi turut menyediakan infrastruktur dan juga rangkaian disebalik penyediaan 5G. Malah, penawaran Huawei diperkatakan mendahului pelbagai penyedia lain di pasaran hari ini.

Pada Projek Demonstrasi 5G Malaysia yang diadakan di Langkawi pada minggu ini, Huawei turut memperlihatkan sejumlah teknologi 5G dan peranti-peranti 5G, selain pada masa yang sama mengumumkan bakal menawarkan telefon pintar mercu 5G mereka untuk pasaran Malaysia, iaitu Huawei Mate 30 Pro 5G.

Telefon pintar Huawei Mate 30 Pro 5G ini adalah telefon pintar pertama di Malaysia yang menerima pengesahan SIRIM untuk 5G. Ia menyokong semua gelombang rangkaian 5G – termasuk yang bakal ditawarkan di Malaysia pada suku ketiga 2020 ini. Ini bermakna, ia akan menjadi telefon pintar pertama di Malaysia yang menyokong rangkaian 5G di Malaysia apabila rangkaian berkenaan ditawarkan kepada umum kelak. Hal ini sekaligus menjadikan pembelian Huawei Mate 30 Pro 5G adalah sangat berbaloi untuk penggunaan jangka masa panjang.

Dengan penawaran rangkaian 5G melalui Huawei Mate 30 Pro 5G, ia sekaligus membolehkan pengguna menikmati kelajuan internet mencapai sehingga 1.8Gbps. Perkara ini akan memudahkan anda menikmati semua kandungan terus pada peranti mudah-alih tanpa perlu sebarang buffering dan penantian yang lama. Daripada pelbagai ujian yang pernah kami lakukan sehingga kini, boleh dikatakan ini adalah terpantas setakat ini untuk pasaran Malaysia pada suatu telefon pintar.

Huawei 5G Menawarkan Kadar Pendam Yang Rendah

Huawei Mate 30 Pro 5G hadir dengan cip pemprosesan Kirin 990 5G SoC dengan sokongan rangkaian 5G. Ini sekaligus bukan sahaja menawarkan pemprosesan yang sangat lancar pada telefon pintar – dan dengan rangkaian 5G yang laju, ia membolehkan anda menikmati kandungan secara langsung dari web tanpa sebarang lengah masa.

Huawei 5G SpeedtestRangkaian 5G juga turut menawarkan kadar pendam (latency) yang rendah. Selain kadar kelajuan internet yang pantas, kadar pendam yang rendah memainkan peranan penting pada era internet masa kini. Hal ini terutamanya apabila anda sedang membuat penstriman langsung atau sedang bermain permainan mudah alih pada Mate 30 Pro 5G.

Daripada beberapa contoh yang dipertontonkan, ia turut menunjukkan yang mana pengguna boleh menikmati permainan mudah alih pada kadar ping yang lebih rendah berbanding rangkaian 4G apabila menggunankan Huawei Mate 30 Pro 5G. Ujian rangkaian 5G memperlihatkan kadar ping antara 11ms-20ms, berbanding 4G yang menawarkan sekitar 40-60ms.

Ekosistem Huawei Melengkapkan Era 5G

Selain daripada Huawei Mate 30 Pro 5G, pihak Huawei turut memperlihatkan sejumlah peranti dibawah ekosistem mereka yang melengkapkan lagi gaya hidup digital masa kini. Salah satunya adalah Huawei Vision TV – yang mana merupakan sebuah televisyen dan boleh diintegrasikan bersama lebih 900 peranti lain, sekaligus menjadi hab kawalan di sesebuah rumah.

Huawei Hi Vision

Pada masa yang sama, Huawei 5G CPE Pro turut diperlihatkan – yang mana menawarkan akses internet ultra-pantas di rumah, sekaligus memudahkan lagi pengurusan peranti berhubung di rumah.

Huawei Mate 30 Pro 5G

Daripada demonstrasi yang diperlihatkan, Huawei turut menunjukkan kebolehan menggunakan Huawei HiLink pada Huawei Vision bersama Huawei 5G CPE Pro yang membolehkan pengguna berhubung ke internet berkelajuan ultra pantas, dan membuat panggilan video bersama-sama interaksi multimedia dengan jelas dan lancar.

Huawei 5G Melengkapkan Era 5G Di Malaysia

Sehingga ke hari ini, Huawei telah menandatangani perjanjian dengan pelbagai syarikat telekomunikasi tempatan sebagai penyedia infrastruktur. Selain daripada itu, daripada 47 buah negara yang menawarkan 5G secara komersil, majoriti daripadanya menggunakan perkakasan daripada Huawei – termasuk di China, Jerman, Itali dan juga Dubai.

Huawei Mate 30 Pro 5G

Dengan ini, ia sekaligus membolehkan anda menikmati akses rangkaian 5G yang stabil menggunakan Huawei Mate 30 Pro 5G, bukan sahaja di Malaysia, tetapi di pelbagai negara seluruh dunia.

Huawei Mate 30 Pro 5G – Menyokong 5G SA Dan NSA

Pada hari ini, beberapa syarikat telekomunikasi menawarkan rangkaian 5G berasaskan NSA – yang mana masih bergantung kepada infrastruktur 4G sedia ada, sementara versi 5G pula yang memfokuskan kepada infrastruktur 5G sepenuhnya.

Huawei Mate 30 Pro 5G hadir dengan sokongan cip Kirin 990 dan modem 5G yang menyokong rangkaian 2G/3G/4G/5G – dan untuk 5G pula, ia menyokong 5G NSA dan juga 5G SA.

Ini bermakna, walaupun anda membeli Huawei Mate 30 Pro 5G pada hari ini, telefon pintar ini masih boleh digunakan apabila syarikat telekomunikasi beralih kepada rangkaian 5G SA pada masa akan datang – sekaligus menjadikan telefon pintar Huawei boleh digunakan untuk tempoh masa yang lama.


Dengan kehadiran era 5G, Huawei dilihat telah bersedia dengan penawaran rangkaian dan juga peranti mesra 5G, sekaligus membolehkan para pengguna menikmati gaya hidup digital masa kini tanpa perlu mengeluarkan kos yang tinggi. Malah, dengan penawaran Huawei Mate 30 Pro 5G akan membolehkan anda menikmati gaya hidup digital terkini, rangkaian 5G berkelajuan tinggi, selain pada masa yang sama menggunakan pelbagai aplikasi dan permanian mudah alih tanpa sebarang lengah masa.

Dengan kehadiran era 5G di Malaysia, Huawei Mate 30 Pro 5G adalah kombinasi yang baik bersama-sama rangkaian Huawei 5G.

Penafian: Advertorial daripada Huawei Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd