Realme Akan Menjadi Antara Terawal Untuk Hadir Dengan Telefon Menggunakan Snapdragon 720G

Realme Akan Menjadi Antara Terawal Untuk Hadir Dengan Telefon Menggunakan Snapdragon 720G

Diterbitkan pada Jan 21, 2020 oleh .

Qualcomm hari ini telah mengumumkan pengenalan cip pemprosesan terbaru mereka, iaitu Snapdragon 720G. Selari dengannya, kini pihak Realme mengumumkan yang mana mereka akan menjadi terawal memperkenalkan telefon pintar pertama berasaskan cip pemprosesan berkenaan.

Realme 720G

Snapdragon 720G hadir dengan gabungan cip Kyro 465 berasaskan Cortex A76 bersama gabungan Kyro 465 berasaskan Cortex A55. Cip pemprosesan ini menggunakan binaan berasaskan 8nm, selain dilengkapi GPU Adreno 618.

Telefon pintar ini dilihat mungkin memfokuskan kepada sokongan permua dan multimedia bersama-sama dengannya.

Buat masa ini pihak Realme belum mengeluarkan tarikh pelancaran peranti ini lagi. Kita mungkin mendengar lanjut berkaitan dengannya tidak lama lagi memandangkan pihak Qualcomm mengatakan peranti menggunakannya bakal dipasarkan pada suku pertama 2020 ini.



TIPS & ULASAN