Carian
Twitter Menasihatkan Pengguna Android Untuk Tidak Mengemaskini Aplikasi Pada Waktu Ini
January 22, 2020 Effi Saharudin

Twitter bukanlah laman media sosial yang mempunyai jumlah pengguna yang terbesar tetapi ia amat popular di kalangan wartawan kerana ia memudahkan proses mengikuti berita mutakhir. Tetapi sekiranya anda menggunakan aplikasi rasmi pada peranti Android, anda kini dinasihatkan supaya tidak mengemaskini aplikasi anda.

Pihak Twitter secara rasmi memberikan amaran untuk tidak mengemaskini ke versi 8.28 pada waktu ini sehingga masalah diselesaikan. Ramai pengguna mula merungut pasca kemas kini, aplikasi akan tertutup secara automatik selepas dilancarkan.

Jika anda telah mengemaskini aplikasi, masalah boleh diselesaikan dengan mengosongkan cache atau memuat turun versi terdahulu dari laman seperti APK Mirror. Buat masa ini masalah yang sama tidak dilaporkan pada pengguna iOS.

Komen