Altel Menguji Kenderaan Swapandu Di Langkawi, Boleh Dilihat Di Pelangi Beach Resort

Altel Menguji Kenderaan Swapandu Di Langkawi, Boleh Dilihat Di Pelangi Beach Resort

Diterbitkan pada Jan 22, 2020 oleh .

Syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan semuanya boleh dikatakan sedang menjalankan pelbagai jenis ujian untuk menguji kebolehan rangkaian 5G di Malaysia.

Altel, sebuah syarikat MVNO tidak terkecuali, dan sebagai sebahagian daripada uji-kaji Projek Demonstrasi 5G di Langkawi, mereka telah mula menguji kes penggunaan kenderaan swapandu di pulau tersebut.

Altel bekerjasama dengan MooVita, sebuah syarikat pembina perisian dan kelengkapan pemanduan jarak jauh dan swapandu yang bepengkalan di Singapura.

Kerjasama diantara kedua-dua ini telah membuahkan sebuah kenderaan “shuttle” swapandu yang kini sedang diuji di Pulau Langkawi. Dimana MooVita membekalkan kelengkapan dan pengetahuan mengenai teknologi swapandu, Altel pula membekalkan rangkaian ujian 5G yang dibina menggunakan infrastruktur telekomunikasi Telekom Malaysia.

Shuttle swapandu ini mampu membawa empat orang penumpang ke lokasi-lokasi berhampiran, dimana ia menggunakan sepuluh radar LIDAR oleh Pioneer Smart Sensing Innovations untuk pengesanan pelanggaran 360 darjah yang akan membantu memperlahankan ataupun menghentikan kenderaan ini apabila radar-radar tersebut mengesan sesuatu di atas jalan.

Menurut jurucakap Altel, shuttle swapandu ini akan mula diuji dari hari esok di hotel Pelangi Beach Resort, dimana ia akan digunakan untuk menghantar pelanggan-pelanggan hotel ke lokasi-lokasi berdekatan didalam kawasan resort tersebut.

Menurut pihak Altel, mereka mengatakan bahawa ujian shuttle swapandu ini akan dijalankan di Pelangi Beach Resort sehingga sekitar pertengahan bulan Februari.


TIPS & ULASAN