Kad Grafik AMD Radeon RX 5600 XT Kini Boleh Didapati Di Pasaran Tempatan
AMD

Kad Grafik AMD Radeon RX 5600 XT Kini Boleh Didapati Di Pasaran Tempatan

Diterbitkan pada Jan 22, 2020 oleh .

Jika anda sedang mencari sebuah kad grafik untuk menggerakkan permainan-permainan komputer pada resolusi Full HD, AMD hari ini telah memperkenalkan sebuah lagi pilihan kad grafik terbaru dibawah siri AMD Radeon RX 5600 XT.

Kad grafik AMD Radeon RX 5600 XT ini merupakan adik kepada siri kad grafik AMD Radeon RX 5700 dimana ia menggunakan cip pemprosesan grafik Navi yang sama, dan mempunyai ciri-ciri yang sama seperti teknologi RDNA (Radeon DNA), penggunaan memori GDDR6, sokongan untuk PCIE 4.0 dan juga ciri-ciri tambahan yang pada mulanya tiba pada siri Radeon RX 5700XT.

Dari segi spesifikasi dalaman, ia dilengkapi 36 buah unit perkomputeran (Compute Unit) dan memori GDDR6 sebanyak 6GB. Tidak seperti Radeon 5700 XT, kad grafik ini tidak hadir dengan rekaan asas, sebaliknya syarikat pembangun GPU seperti ASUS, MSI dan sebagainya akan menggunakan rekaan penyejuk mereka sendiri dan menjual kad grafik ini dibawah jenama mereka.

Di Malaysia, buat masa ini dilihat ASUS dan juga GIGABYTE telah mula menjual kad grafik ini dibawah model ASUS ROG STRIX Radeon 5600 XT dan juga GIGABYTE Radeon RX 5600 XT Gaming OC. Kedua-dua kad grafik ini sudahpun mula dijual hari ini pada harga RM1599 dan RM1539.


TIPS & ULASAN