Pengganti Poco F1 Dijangka Hadir Pada Suku Pertama 2020 Ini – Spesifikasi Tinggi Pada Harga Kompetitif

Pengganti Poco F1 Dijangka Hadir Pada Suku Pertama 2020 Ini – Spesifikasi Tinggi Pada Harga Kompetitif

Diterbitkan pada Jan 23, 2020 oleh .

Poco sebelum ini telah pun mengumumkan akan beroperasi sebagai jenama berasingan berbanding Xiaomi, dan kini mereka turut telah berkongsi sejumlah informasi lanjut mengenai syarikat terbaru berkenaan.


Melalui temuramah terbaru, pihak Poco mengatakan mereka akan beroperasi secara berasingan dan sebagai entiti tersendiri – berbeza dengan dibawah Xiaomi sebelum ini. Apa pun, mereka masih akan bergantung kepada beberapa sumber, termasuk berkaitan dengan perkhidmatan selepas jualan, pusat data dan sebagainya.

Dari segi penawaran perisian, Poco akan kekal menggunakan antaramuka yang diubah suai sedikit, dinamakan “MIUI for Poco”. Melaluinya, ia menawarkan pengalaman yang menghampiri antaramuka asal Android, tetapi dengan sejumlah ciri-ciri daripada MIUI.

Dan bercakap mengenai Poco, semestinya ramai yang menantikan generasi baru pengganti Poco F1, atau yang mana dipanggil ramai sebagai Poco F2.

Bercakap mengenainya, pihak Poco mengatakan ia mungkin diperkenalkan seawal suku pertama 2020 ini. Ini bermakna, kita akan melihatnya sebelum Mac 2020 ini. Dari segi penawaran, ia dijangka akan mengekalkan penawaran spesifikasi tinggi, tetapi pada harga sangat kompetitif.


TIPS & ULASAN