Digi Bekerjasama Dengan TIME Untuk Penawaran Internet Jalur-Lebar Ke Rumah Dengan Lebih Meluas

Digi Bekerjasama Dengan TIME Untuk Penawaran Internet Jalur-Lebar Ke Rumah Dengan Lebih Meluas

Diterbitkan pada Jan 23, 2020 oleh .

Digi sebelum ini telah pun sedia hadir dengan penawaran Digi Home Broadband, dimana pengguna boleh melanggan perkhidmatan jalur-lebar berkelajuan tinggi ke rumah pada harga yang kompetitif. Namun, penawaran perkhidmatan berkenaan adalah terhad ke beberapa lokasi sahaja sebelum ini.

Digi Timedotcom

Dalam usaha untuk memperluaskan lagi kawasan liputan, kini Digi mengumumkan kerjasama dengan pihak TIME dotCom. Melaluinya, Digi akan menggunakan infrastruktur jalur-lebar TIME dalam usaha menawarkan perkhidmatan internet kepada pengguna di kondominium dan apartmen yang diliputi oleh pihak TIME.

Pada hari ini, Digi menawarkan pakej jalur lebar mereka bermula RM99 sebulan untuk 50Mbps, RM129 sebulan untuk 100Mbps, RM159 sebulan untuk 500Mbps dan RM199 sebulan untuk 1Gbps.



Paling Popular