Wabak Koronavirus Baharu Mungkin Berasal Daripada Ular

Wabak Koronavirus Baharu Mungkin Berasal Daripada Ular

Diterbitkan pada Jan 23, 2020 oleh .

Berita terhangat hari ini ialah bandaraya Wuhan dikuarantin oleh pihak berkuasa China selepas wabak koronavirus dikesan. Setakat ini di China sahaja 17 kes kematian telah dilaporkan dengan 900 mangsa dijangkiti. Lebih membimbangkan wabak ini telah merebak ke Amerika Syarikat. Thailand, Taiwan dan Jepun. Selepas melakukan ujian genom RNA virus, ahli saintis kini percaya sumber virus ini daripada ular.

Haiwan eksotik seperti ular, serigala dan buaya adalah antara yang dijual di pasar haiwan Wuhan. Virus yang kini diberi nama 2019-nCoV oleh WHO ini dipercayai melompat spesis dari ular ke manusia. Siasatan dari Saintis China sebelum ini mendapati 2019-nCoV ialah gabungan virus yang sebelum ini ditemui pada kelawar dan sebuah lagi spesis yang tidak diketahui. Terdapat teori ular yang memburu kelawar dijangkiti virus koronavirus sebelum virus menjalani mutasi yang membolehkan ia kemudian menjangkiti manusia.

Dua wabak koronavirus sebelum ini, SAR dan MERS masing-masing didapati berasal dari kucing civet dan unta. Kajian yang lebih mendalam akan dilakukan bagi mencari spesis ular yang menyebarkan 2019-nCoV.

Keputusan kajian ini telah diterbitkan di The Journal of Medical Virology



Paling Popular