Twitter Kini Menyokong Memberikan Reaksi Pada DM Menggunakan Emoji

Twitter Kini Menyokong Memberikan Reaksi Pada DM Menggunakan Emoji

Diterbitkan pada Jan 23, 2020 oleh .

Untuk kekal relevan, aplikasi kerap dikemaskini dengan ciri dan fungsi baharu. Bagi pengguna Twitter, anda kini boleh memberikan reaksi pada DM yang diterima menggunakan emoji. Menerusi fungsi ini, DM yang diterima boleh diberikan reaksi dalam bentuk emoji 😀,😲, 👍,👎, ❤️ dan 🔥.

Terdapat ikon ❤️+ pada DM yang diterima. Tekan ikon ini dan pilihan emoji di atas akan terpapar pada skrin. Dengan enam emoji ini, pengguna dapat memberikan reaksi pantas tanpa perlu menaip panjang. Untuk menggunakan fungsi ini anda perlu mengemaskini aplikasi Android dan iOS ke versi terkini atau menggunakan Twitter versi web.



TIPS & ULASAN