HTC adalah pengeluar peranti pintar dari Taiwan. Mereka dahulunya amat hebat, berkuasa dan kompetitif dalam melancarkan peranti yang berkuasa. Namun (anggapan kami), sejak Google telah membeli sebahagian dari HTC – HTC sudah tidak seperti yang ramai kenalinya. Sebaliknya, semua peranti semakin mahal, tidak relevan dan mempunyai spesifikasi yang tidak menarik perhatian ramai.
Jadi, bagaimana mereka ingin teruskan hidup? Syukur, baru-baru ini HTC telah memenangi saman sebanyak 6.5 juta RMB dari Gionee dan Meizu. Jumlah dalam mata wang tempatan adalah lebih dari RM3.8 juta. Dakwaan HTC adalah Gionee dan Meizu telah melanggar paten mereka. Paten yang dua syarikat dari China ini langgar atau tiru adalah struktur antena yang terus terbina pada panel belakang peranti. Rekaan peranti Meizu M5 Note dan Gionee M6 adalah mirip dengan HTC One M2013.
Pada asalnya, HTC meminta Gionee membayar sehingga 24 juta Yuan (~RM14 Juta) dan dari Meizu pula adalah sebanyak 30 juta Yuan (~RM17.6 Juta). Namun, Meizu dan Gionee membantah kerana terlampau mahal – mahkamah telah tetapkan nilai RM3.8 juta tadi.