Cari @ Amanz

Sony Xperia 5 dilancarkan September tahun lalu sebelum dilancarkan di Malaysia pada bulan November. Peranti ini akhirnya telah diuji oleh makmal DXOMark dan ia diberikan 95 markah kemampuan untuk kamera utama dan 71 markah untuk kemampuan kamera swafoto. Ini sekaligus meletakkannya setanding dengan Asus ROG Phone 2 tetapi di hadapan iPhone 8 Plus, Xperia 1 dan Galaxy Note 8.

Xperia 5Peranti menerima 101 markah untuk kemampuan mengambil gambar dan 83 markah pula untuk kemampuan merakam video. Pujian diberikan hingar yang rendah pada gambar serta video, warna yang baik pada tempat tertutup dan rakaman gambar malam yang baik. Kritikan pula diberikan kepada mod bokeh yang kurang baik, autofokus yang tidak tepat dan penghasilan semula warna yang tidak memuaskan apabila di luar.

Markah yang diterima ini adalah mengecewakan kerana sejak Xperia 1, peranti Sony sepatutnya menerima bantuan dari bahagian kamera digital mereka. Malahan sensor mereka digunakan oleh pengeluar lain yang mencatatkan markah lebih tinggi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd