Cari @ Amanz

DXOMark hari ini telah pun mengeluarkan skor ujian mereka untuk telefon pintar mercu daripada Apple yang terbaru, iaitu Apple iPhone 11 Pro Max. Melalui skor yang diterima, ia meletakkan Apple iPhone 11 Pro Max ditangga ke lima, dibelakang Huawei Mate 30 pro, Xiaomi Mi CC9 Pro, dan juga Honor V30.

Apple iPhone 11 Pro DXO

iPhone 11 Pro Max hadir dengan tiga kamera belakang, menggunakan sensor 12MP + 12MP + 12MP, dan menawarkan sokongan rakaman video 4K bersama dengannya.

Dari segi rakaman gambar, DXO mengatakan iPhone 11 Pro Max menawarkan rakaman yang baik pada pelbagai keadaan ujian, selain turut menawarkan rakaman autofokus yang jitu dan pantas. Selain daripada itu, ia juga menawarkan prestasi zum yang baik pada jarak dekat. Namun, ia dikatakan terdapat kesan hinggar pada pelbagai keadaan cahaya, selain sedikit rakaman tidak jelas pada imej ultra-lebar.

Dari segi rakaman video pula, DXO mengatakan ia menawarkan penstabilan efektif, dan warna yang vivid. Namun, terdapat kesan “jello” ketika merakamkan video sambil berjalan, selain white balance yang tidak begitu stabil untuk rakaman dalam bangunan.

Selain skor untuk iPhone 11 Pro Max, pihak DXO turut telah mengeluarkan skor untuk iPhone 11, dimana ia menerima skor sebanyak 109.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd