Cari @ Amanz

Telegram merupakan salah satu perkhidmatan permesejan yang popular dan digunakan ramai diseluruh dunia – salah satu sebabnya adalah kerana penawaran sokongan multi-peranti, selain ciri-ciri menarik bersama dengannya.

Telegram Quiz ModeTerbaru, Telegram telah menambah sejumlah ciri baru, memfokuskan kepada sokongan membuat bancian atau undian pada Groups dan Channels.

Dalam menjadikannya lebih interaktif, kini pengguna boleh membuat paparan bancian atau undian dengan lebih terbuka, selain turut menawarkan kebolehan mengundi lebih daripada satu jawapan untuk sesuatu undian.

Menariknya, salah satu ciri baru yang turut mencuri perhatian adalah “Quiz Mode”, sekaligus membolehkan anda menawarkan kuiz tekaria seumpama rancangan popular “Who Wants To Be A Millionaire”.

Bagi anda yang menggunakan Android dan iOS, boleh mengemaskini aplikasi Telegram anda hari ini, dan menikmati ciri-ciri baru ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd