Ini Ialah Imej Pengolokan Samsung Galaxy S20, S20+ Dan S20 Ultra 5G

Ini Ialah Imej Pengolokan Samsung Galaxy S20, S20+ Dan S20 Ultra 5G

Diterbitkan pada Jan 24, 2020 oleh .

Samsung Galaxy S20, S20+ dan S20 Ultra 5G akan dilancarkan pada 11 Februari hadapan. Setakat ini tiada lagi rahsia mengenai spesifikasi ketiga-ketiga peranti kerana ia telahpun tertiris seminggu lalu. Pagi ini imej pengolokan rasmi ketiga-tiga peranti ini pula tertiris menerusi laman 91 Mobiles. Kita mulakan dengan Galaxy S20 yang merupakan versi dengan skrin terkecil dan hanya dilengkapi sistem tri-kamera pada bahagian belakang.

Seterusnya ialah Samsung Galaxy S20+ yang mempunyai rekaan yang sama dengan S20 cuma perbezaan terletak penggunaan sistem empat kamera utama pada bahagian belakang. Kesemua lensa kamera diletakkan di dalam bonggol yang berbentuk empat segi tepat manakala kamera swafoto di dalam lubang kamera terbina pada skrin.

Akhir sekali ialah Samsung Galaxy S20 Ultra 5G yang merupakan model yang paling premium dengan empat kamera utama yang dilengkapi sistem periskop. Kamera bermekanisme periskop ini boleh melakukan zum sehingga 100X. Turut didedahkan hari ini harga jualan S20 Ultra 5G akan bermula dari €1,349 (~RM6065) sebuah.

Apakah pendapat pembaca Amanz mengenai rekaan ketiga-tiga peranti Galaxy S20 tahun ini. Adakah cukup untuk membuatkan anda melakukan pembelian apabila ia dilancarkan di Malaysia dalam masa sebulan lagi?


TIPS & ULASAN