Cari @ Amanz

Realme sebelum ini telah mengacah pengenalan gelang tangan pintar mereka ketika pelancaran Realme 5i pada peringkat global tempoh hari. Kini, selari dengannya, pihak Realme turut berkongsi mengatakan mereka akan melancarkannya secara rasmi pada bulan hadapan.

Realme Band

Buat masa ini, ciri yang akan disertakan oleh gelang tangan pintar ini masih tidak diketahui lagi. Kita mungkin melihat penawaran yang lebih kurang sama seperti Mi Band daripada Xiaomi daripada pihak Realme. Ini sekaligus akan membolehkan pengguna dan peminat Realme mendapatkan gelang tangan berkenaan dan memantau kadar aktiviti mereka seperti kecergasan, dan sebagainya.

Seperti biasa, kita mungkin akan dapat melihat harga penawaran yang kompetitif daripada pihak Realme melalui gelang tangan pintar mereka ini.

Sama-sama kita nantikan Februari ini untuk melihat kejutan daripada pihak Realme.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd