Cari @ Amanz

Negara Jepun mempunyai budaya kerja sehingga lewat malam yang dianggap pelik sekiranya berlaku di negara lain. Adalah normal untuk melihat kakitangan tidur di meja kerja kerana perkhidmatan kereta api yang telahpun tamat sebelum mereka sempat keluar dari pejabat. Untuk golongan ini Under Desk Bed mula ditawarkan di Jepun.

Katil boleh lipat ini hanya sebesar 59 x 59 x 42 sentimeter apabila dilipat tetapi boleh menjadi tempat tidur untuk pengguna setinggi 185 apabila dibuka. Tilam setebal 4 sentimeter pula boleh menanggung berta sehingga 100 kilogram. Walaupun dipasarkan sebagai tempat tidur di tempat kerja, ia juga boleh digunakan sebagai katil kecemasan ketika berlaku bencana alam. Di Jepun Under Desk Bed dijual pada harga 33011 Yen (~RM1223) sebuah

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd