Cari @ Amanz

Beberapa tahun yang lepas, sebuah aplikasi perkongsian video ringkas 6 saat dinamakan Vine adalah sangat popular. Melaluinya, ramai hadir dengan perkongsian video-video kreatif sepanjang hanya 6 saat sahaja.

Aplikasi Vine berkenaan kemudiannya dibeli oleh Twitter, dan dimatikan selepas beberapa tahun.

Kini, selang beberapa tahun sejak daripadanya, pengasas Vine hadir dengan sebuah lagi aplikasi baru dengan konsep lebih kurang sama, iaitu Byte.

Byte

Byte turut memfokuskan kepada perkongsian video yang ringkas sepanjang 6 saat. Pengguna boleh merakamkan video kreatif berbentuk loop dan kongsikan ia melalui aplikasi berkenaan.

Ia tidak diketahui lagi sama ada komuniti Vine yang kini telah beralih ke Instagram dan TikTok akan kembali ke Byte atau sebaliknya. Namun, berbeza dengan Vine sebelum ini, melalui Byte, pengasasnya dilihat telah merancang sejumlah perkara, termasuk untuk membayar penerbit kandungan melalui program khas.

Bagi anda yang berminat, boleh mendaftar di Byte hari ini melalui aplikasi Android atau iOS.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd