Adakah Ini Harga Jualan Malaysia Untuk Samsung Galaxy A51, Galaxy A71 Dan Galaxy Note10 Lite?

Adakah Ini Harga Jualan Malaysia Untuk Samsung Galaxy A51, Galaxy A71 Dan Galaxy Note10 Lite?

Diterbitkan pada Jan 27, 2020 oleh .

Samsung telah pun mengacah kehadiran beberapa peranti terbaru mereka sejak beberapa minggu lepas. Kini, melalui laman mdroid, ia dikongsikan kemungkinan untuk harga jualan tiga telefon pintar terbaru daripada Samsung yang dijangka diumumkan seawal minggu ini.

Tiga telefon pintar baru yang dijangka akan ditawarkan oleh Samsung Malaysia adalah Samsung Galaxy A51, Samsung Galaxy A71 dan juga Samsung Galaxy Note10 Lite.

Samsung Galaxy A51 yang merupakan kemaskini kepada Galaxy A50 sebelum ini, dijangka hadir pada harga jualan RM1299. Sementara itu, variasi Galaxy A71 pula dijangka akan ditawarkan pada harga RM1799.

Bagi anda yang inginkan peranti dengan fokus terhadap stylus pula, Galaxy Note10 Lite mungkin ditawarkan untuk pasaran tempatan pada harga jualan RM2299.

Seperti biasa, ketirisan harga ini adalah sekadar desas-desus sahaja buat masa ini. Kita mungkin mendengar secara rasmi daripada pihak Samsung Malaysia berkaitan dengannya tidak lama lagi.



TIPS & ULASAN