OnePlus Akan Memfokuskan Kepada Videografi Pada Tahun Ini

OnePlus Akan Memfokuskan Kepada Videografi Pada Tahun Ini

Diterbitkan pada Jan 28, 2020 oleh .

OnePlus tidak dinafikan adalah syarikat yang pandai menghasilkan sebuah peranti mercu yang hebat. Pengalaman perisian, ketahanan bateri dan mengambil gambar adalah memuaskan. Namun, kekurangan pada OnePlus adalah rakaman video. Walaupun OnePlus antara peranti yang popular mampu merakam video 4K dengan keadaan stabil, tetapi hasil akhir adalah tidak memuaskan. Oleh yang  demikian, tahun ini OnePlus akan lebih fokus kepada videografi.

OnePlus Concept One

OnePlus akan mengemaskini kemampuan rakaman video untuk peranti sedia ada dan akan menawarkan fungsi baharu untuk peranti akan datang. Berikut adalah senarai fungsi dan ciri yang OnePlus rancang untuk tahun ini;

  • Exposure / warna/pertukaran imabangan putih dan konsistensi pada kesemua lensa
    Keutamaan yang akan OnePlus berikan adalah pada penalaan imbangan putih agar, setiap lensa mempunyai tetapan yang sama. (setiap lensa apabila ditukar-tukar mod, warna akan berlainan, kelak ia akan sama)
  • Konsistensi auto-fokus
    Disebabkan masalah ini tidak dapat ditemui, OnePlus akan naik taraf dari segi perkakasan dan perisian akan datang.
  • Konsistensi Tona Warna Kulit
    Tona warna kulit akan bertambah lebih baik dalam kemaskini di masa akan datang.
  • Ketajaman: Ketajaman perlu dibaiki untuk semua situasi.
    OnePlus akan cari imbangan yang baik antara hingar dan ketajaman.
  • Adi-penstabilan: Sokongan untuk 4K; pengurangan hingar dan naik taraf rakaman di cahaya yang kurang.
    Sokongan ini mungkin terhad untuk beberapa peranti baru sahaja.
  • Dynamic range: Cahaya pada subjek terang, tetapi latar belakang gelap.
    Isu ini akan dibaiki untuk mod rakaman video akan datang, dengan sokongan rakaman video HDR.
  • Kelipan cahaya
    Kelipan cahaya akan berkurangan di masa akan datang.
  • Rakaman pergerakan (panning) yang tidak lancar: Rakaman seperti ini akan lebih baik akan datang.
    Isu ini tidak ditemui dalam ujian pihak OnePlus, tetapi akan ditambah baik di masa akan datang.
  • Kamera yang lebih pantas
    Ini juga adalah fokus utama OnePlus. Pengatup yang pantas memerlukan kemaskini dari segi sistem, aplikaso dan animasi. Ia akan bertambah baik secara berperingkat kelak.
  • Ciri-periti lensa: Rakaman 1080p dan 4K sepatutnya disokong oleh kesemua lensa, membenarkan sambil merakam terus menukar lensa berbeza.
    Ini hanya akan boleh dilakukan dalam peranti akan datang.
  • Rakaman 4K yang terhad
    Memandang dari segi suhu dan prestasi, had ini perlu dikekalkan. Namun ia akan lebih dioptimasikan di masa akan datang.
  • Penggunaan satu tangan: Sukar mencapai bar atas; zum satu tangan.
    Ia adalah antara maklum balas penting dan sudah pun dalam proses perbincangan dengan pasukan rekaan.
  • Suntingan video
    Aplikasi galeri akan diubah secara keseluruhannya, banyak perkara baharu akan ditambah. Untuk penggredan warna atau LUT, kelak pengguna akan dengan berita baik.
  • Rakaman video profesional
    Ia akan dipertimbangkan dan diletakkan di dalam senarai tunggakan kerja, kerana fokus utama adalah pada kualiti video terlebih dahulu.
  • Rakaman video lensa tele (mod bokeh, optikal)
    Fungsi ini sudah pun dalam ujian, namun kualitinya belum layak untuk diperkenalkan lagi kepada umum.
  • Rakaman selang masa zum ke dalam
    Mod ini sudah pun dalam rancangan dan akan diperkenalkan di masa hadapan.
  • Rakaman video berbalik
    Fungsi yang tidak ramai inginkan, jadi akan diletakkan dalam senarai tunggakan kerja. Fokusk akan diberikan kepada pengalaman penggunaan.
  • Mod malam untuk rakaman video
    Disebabkan ia adalah satu fungsi yang menarik, ia sudah pun dalam proses menguji.
  • Emoji realiti terimbuh dan pekekat ketika membuat rakaman video
    Pihak OnePlus masih tidak temui fungsi yang benar-benar gempak. Jadi ia bukan perkara penting dan banyak aplikasi pihak ketiga sudah menawarkan perkara yang sama.
  • Mod media sosial: Rakaman boleh dikongsi secara terus ke Twitter, pangkas terus dalam nisbah Instgaram, dll.
    Ini adalah perkara penting, jadi sudah pun dalam proses ujian dan pembangunan.
  • Mod light painting
    Perkara ini bukan permintaan ramai, jadi ia tidak akan disertakan.
  • Rakaman dwi-lensa serentak: Sudur lebar dan sudut ultra lebar; belakang dan hadapan.
    Ini sudah pun disokong, namun masih dalam proses pencarian yang lebih menarik untuk digunakan agar penggunana fungsi ini ini lebih menarik.

Kebanyakan fungsi ini dilihat, OnePlus ingin cuba tawarkan prestasi kamera seakan iPhone 11 Pro. Kerana sehingga hari ini, hanya iPhone 11 Pro sahaja yang boleh membuat rakaman pertukaran lensa tanpa mengubah fokus, warna dan keseimbangan putih. Ini bermakna, OnePlus serius dalam fokus kepada videografi pada tahun ini.

Ada fungsi dan ciri akan pengguna OnePlus sedia ada dapat gunakan kelak, namun ada juga yang terhad dengan peranti baharu. Sama-sama kita nantikan.



TIPS & ULASAN