Ngaji Ingin Memudahkan Pencarian Guru Dan Sekolah Mengaji

Ngaji Ingin Memudahkan Pencarian Guru Dan Sekolah Mengaji

Diterbitkan pada Jan 28, 2020 oleh .

Pada hari ini, terdapat pelbagai laman yang memudahkan pencarian guru untuk sejumlah subjek-subjek tertentu. Tetapi bagaimana untuk mengaji Al-Quran, Bahasa Arab, Tarannum, Hafazan, dan sebagainya.

Ngaji

Untuk tujuan berkenaan, kini sebuah laman baru telah dilancarkan, dinamakan sebagai Ngaji. Laman ini masih pada peringkat awal pembangunan, dan telah mempunyai sejumlah penyenaraian guru-guru dan sekolah mengaji sekitar Malaysia.

Bagi anda yang mencari guru mengaji, boleh menggunakan laman berkenaan untuk tujuan mencari dan membuat tempahan guru mengaji. Selain daripada itu, sekiranya anda mengajar, turut boleh menggunakannya dalam mendaftar diri dan mencari pelajar baru.

Layari : Ngaji


TIPS & ULASAN