Facebook Memperkenalkan “Off-Facebook” Pada Peringkat Global

Facebook Memperkenalkan “Off-Facebook” Pada Peringkat Global

Diterbitkan pada Jan 28, 2020 oleh .

Pada tahun lepas, Facebook telah memperkenalkan ciri untuk melihat dan mengawal data yang dikongsi oleh Facebook bersama-sama aplikasi dan laman lain yang diakses pengguna diluar Facebook, dinamakan sebagai Off-Facebook Activity. Lanjutan daripadanya, hari ini Facebook mengumumkan penawaran ciri berkenaan pada peringkat global.

Seperti ramai sedia maklum, ramai kini menggunakan Facebook Login untuk mengakses perkhidmatan lain. Dengan ciri ini, pengguna boleh mengawal aktiviti dan log berkaitan mereka diluar Facebook yang menggunakan profil Facebook mereka. Dengan halaman setempat yang dinamakan “Off-Facebook Activity”, pengguna boleh menguruskan senarai aktiviti mereka, selain memadam sejarah penggunaan diluar Facebook dengan hanya satu klik.

Ketika pengenalan tempoh hari, Off-Facebook hanya ditawarkan dibeberapa buah negara sahaja. Hari ini, gergasi laman sosial berkenaan membuat perubahan, dan telah mula menawarkan ciri ini untuk semua.

Pengenalan ini adalah berperingkat, dan anda mungkin akan melihat ciri ini pada profil anda dalam minggu-minggu akan datang.


TIPS & ULASAN