Apple Kini Mempunyai Lebih 1.5 Bilion Peranti Aktif Di Seluruh Dunia

Apple Kini Mempunyai Lebih 1.5 Bilion Peranti Aktif Di Seluruh Dunia

Diterbitkan pada Jan 29, 2020 oleh .

Apple merupakan salah satu syarikat pengeluar peranti yang terkenal dengan penawaran MacBook, iPhone, iPad dan juga Apple Watch. Terbaru, Apple telah mengumumkan penyata kewangan bagi suku tahun fiskal 2020 berakhir Disember lepas, dan berkongsi beberapa data menarik melaluinya.

Salah satunya adalah berkaitan peranti aktif Apple di seluruh dunia. Menurut Apple, kini mereka mempunyai lebih 1.5 bilion peranti aktif yang digunakan pengguna seluruh dunia. Jumlah peranti ini dilihat meliputi Mac, iPhone, iPod, iPad, Apple TV dan juga Apple Watch.

Apple mengatakan angka aktif yang tinggi ini menandakan kepuasan hati pengguna dalam menggunakan produk mereka.

Sebelum ini, Apple mengumumkan 1.4 bilion peranti aktif seluruh dunia pada awal tahun 2019 yang lepas.



TIPS & ULASAN