Carian
Gambar Pengolokkan Samsung Galaxy Z Flip Hadir Ke Arena Web – Telefon Dengan Skrin Boleh-Lipat
January 29, 2020 Aman

Samsung sedia menjadualkan acara Unpacked pada 11 Februari 2020, dimana Samsung dijangka memperkenalkan Galaxy S20 dan juga telefon dengan skrin boleh-lipat mereka, berkemungkinan dikenali Galaxy Z Flip.

Menariknya, lanjutan daripada ketirisan gambar Galaxy S20 sebelum ini, kini beberapa gambar pengolokkan akhir untuk Galaxy Z Flip hadir ke arena web dikongsikan WinFuture.

Samsung Galaxy Z Flip

Seperti diperkatakan sebelum ini, Galaxy Z Flip hadir dengan rekaan telefon calmshell dan menggunakan skrin boleh-lipat. Ia menawarkan skrin bersaiz 6.7-inci yang kemudiannya boleh dilipat menjadi bersaiz segi empat sama.

Gambar pengolokkan ini turut memperlihatkan penggunaan skrin dengan skrin berlubang dinamakan “Infinity-O”. Sebuah panel kecil turut diletakkan pada kerangka luar yang membolehkan pengguna melihat notifikasi dan juga masa.

Samsung Galaxy Z Flip

Samsung Galaxy Z Flip ini dikatakan akan dijana cip Snapdragon 855+, memori 8GB RAM, storan 256GB UFS 3.0, dan dilengkapi dwi-kamera belakang gabungan 12MP + 12MP. Melengkapkan ia juga adalah bateri berkapasiti 3300mAh bersama dengannya.

Samsung dijangka berkongsi lanjut mengenai peranti ini pada 11 Februari kelak, dimana kita mungkin akan turut melihat sejumlah ciri-ciri yang ditujukan khusus bersama dengannya.

Komen