Samsung Hadir Dengan Video Acah Baru – Memberikan Petanda Untuk Telefon Boleh-Lipat

Samsung Hadir Dengan Video Acah Baru – Memberikan Petanda Untuk Telefon Boleh-Lipat

Diterbitkan pada Jan 29, 2020 oleh .

Samsung kini telah hadir dengan video acah terbaru untuk acara Unpacked 2020 yang bakal berlangsung pada 11 Februari 2020 kelak. Melalui video acah terbaru ini, Samsung mengacah sebuah peranti baru yang tersembunyi dibawah hamparan kain berwarna putih.

Melalui video acah berkenaan, ia memberikan gambaran seumpama peranti yang boleh dilipat seumpama calmshell, dan menjadi berbentuk segi empat sama apabila dilipat.

Kehadiran video ini adalah selari dengan ketirisan gambar pengolokkan Samsung Galaxy Z Flip pada awal pagi ini.

Samsung menjadualkan 11 Februari 2020 ini untuk pengenalan peranti baru mereka ini, termasuk telefon dengan skrin boleh-lipat ini.


TIPS & ULASAN