Cari @ Amanz

Beberapa minggu lepas, kita telah mendengar mengenai beberapa laporan mengatakan Samsung bakal memperkenalkan tablet 5G pertama di dunia. Selari dengannya, hari ini Samsung telah pun mengumumkan Galaxy Tab S6 5G.

Samsung Galaxy Tab S6 5G

Tablet ini adalah variasi dengan sokongan rangkaian 5G untuk versi Galaxy Tab S6 yang diperkenalkan pada tahun lepas.

Galaxy Tab S6 5G hadir dengan skrin 10.5-inci Super AMOLED, dilengkapi bateri berkapasiti 7040mAh, menyertakan S-Pen untuk input, kamera hadapan 8-megapixel, dan dwi-kamera belakang gabungan 13MP + 5MP. Ia turut hadir dengan pilihan memori sehingga 8GB RAM dan storan sehingga 256GB. Ia turut hadir dengan sokongan empat speaker dengan teknologi Dolby Atmos untuk pengguna menikmati multimedia melaluinya.

Buat masa ini, tablet ini hanya diumumkan untuk pasaran Korea Selatan sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd