Cari @ Amanz

Kita sudah hampir ke bulan Februari 2020 dan seperti tahun lalu pada waktu ini pihak Unicode mula berkongsi senarai emoji baharu yang akan diperkenalkan. Untuk tahun 2020 sebanyak 62 emoji baharu akan diperkenalkan menerusi Unicode 13.0. Antara yang menarik perhatian ialah emoji selipar Jepun. teh boba, ninja, beruang kutub dan burung dodo.

Walaupun 62 emoji disenaraikan, sebenarnya 117 emoji baharu boleh digunakan kelak sekiranya variasi warna kulit dan jantina untuk emoji tertentu diambil kira. Senarai lengkap emoji baharu adalah seperti di bawah. Sekiranya anda diberikan kuasa memilih satu emoji baharu, apakah yang akan anda pilih? Kongsikan pendapat anda di bawah.

  1. Akordion.
  2. Anatomi jantung.
  3. Anjing laut.
  4. Baldi.
  5. Batu.
  6. Batu nisan.
  7. Beruang kutub.
  8. Berus gigi.
  9. Bison.
  10. Blueberries.
  11. Bongo.
  12. Boomerang.
  13. Bulu pelepah.
  14. Cacing.
  15. Cangkuk.
  16. Cermin.
  17. Fondue.
  18. Gergaji.
  19. Jari memicit.
  20. Jarum.
  21. Kasut roda.
  22. Kayu.
  23. Kucing hitam.
  24. Kumbang.
  25. Lada benggala.
  26. Lalat.
  27. Lelaki dalam tuxedo.
  28. Lelaki dengan selendang.
  29. Lelaki memberi makan bayi.
  30. Lif.
  31. Lipas.
  32. Mamot.
  33. Memerang.
  34. Muka dengan kaca mata menyamar.
  35. Muka tersenyum dengan air mata.
  36. Mx Claus (versi neutral jantan Santa).
  37. Ninja.
  38. Orang berpeluk.
  39. Orang dalam tuxedo.
  40. Orang memberi makan bayi.
  41. Paru-paru.
  42. Pelocok.
  43. Pemutar skru.
  44. Piñata.
  45. Plakad.
  46. Pondok.
  47. Roti rata.
  48. Selipar Jepun.
  49. Syiling.
  50. Tali terikat.
  51. Tamales.
  52. Tangga.
  53. Teko.
  54. Tetingkap.
  55. Tongkat sihir.
  56. Topi keledar tentera.
  57. Trak pikap.
  58. Tumbuhan pasu.
  59. Wanita dalam tuxedo.
  60. Wanita dengan selendang.
  61. Wanita memberi makan bayi.
  62. Zaitun.
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd