iPhone 11 Pro Dengan Rekaan Seakan Tesla Cybertruck Kini Boleh Anda Miliki

iPhone 11 Pro Dengan Rekaan Seakan Tesla Cybertruck Kini Boleh Anda Miliki

Diterbitkan pada Jan 30, 2020 oleh .

iPhone 11 Pro ialah antara telefon pinter termahal di pasaran. Sungguhpun begitu peranti masih mendapat sambutan peminat yang sanggup berbelanja lebih untuk mendapatkan peranti terhebat pernah dihasilkan Apple. Tetapi jika anda mahukan kelainan. Caviar Cyberphone telah dihasilkan dan ia adalah sebuah iPhone 11 Pro atau 11 Pro Max dengan tubuh berbentuk Tesla Cybertruck.

Keseluruhan tubuh diperbuat daripada logam titanium yang memberikan ketahanan dari hentakan yang tinggi berbanding logam tahan karat pada iPhone 11 Pro biasa. Pada bahagian hadapan pula, Caviar Cyberphone mempunyai penutup skrin yang boleh dilipat apabila peranti ingin digunakan. Penutup ini bertindak sebagai pelindung skrin tahan lasak dan juga tongkat yang membolehkan peranti didirikan untuk video FaceTime misalnya.

Pada waktu ini, Caviar akan hanya menghasilkan 99 Cyberphone sahaja. Tiada harga diumumkan dan pengguna yang berminat perlu melakukan pertanyaan secara peribadi. Caviar ialah jenama mewah dari Rusia yang sebelum ini menjual iPhone dengan cebisan baju tengkuk kura-kura Steve Jobs bagi mereka yang memerlukan artifak yang pernah dimiliki mendiang.


TIPS & ULASAN