OnePlus Mungkin Menyertakan Sokongan Pengecasan Nirwayar Pada Peranti Akan Datang

OnePlus Mungkin Menyertakan Sokongan Pengecasan Nirwayar Pada Peranti Akan Datang

Diterbitkan pada Jan 31, 2020 oleh .

OnePlus merupakan salah satu pengeluar yang sering hadir dengan sejumlah ciri-ciri mercu yang menarik. Salah satu perkara yang dinantikan pada peranti OnePlus adalah sokongan pengecasan nirwayar, dan kini nampaknya kita akan dapat melihat ia pada peranti OnePlus tidak lama lagi.

Terbaru, OnePlus telah pun menyertai konsortium Wireless Power Consortium – sekaligus memberikan petanda yang mana mereka akan menyertakan fungsi pengecasan nirwayar pada peranti akan datang mereka.

Perkara ini dilihat selari dengan desas-desus sebelum ini mengatakan OnePlus akan OnePlus 8 akan menyertakan ciri pengecasan nirwayar. Namun, tiada pengesahan berkaitan dengannya sehingga kini.

Pada masa yang sama, pengesahan ini juga tidak semestinya memberikan petanda peranti akan datang bakal menyokongnya, dan terdapat kemungkinan pihak OnePlus hadir dengan aksesori berkaitan dengannya sahaja untuk peringkat permulaan.



TIPS & ULASAN