Cari @ Amanz

Apple sebelum ini sedia hadir dengan penawaran Touch ID yang merupakan pengimbas cap jari untuk memudahkan log masuk ke peranti atau melakukan pengesahan untuk pembayaran dan sebagainya. Namun, melalui iPhone terbaru, ia digantikan dengan Face ID.

Melalui laporan penganalisa Ming-Chi Kuo yang terbaru, Apple dijangka mungkin hadir dengan iPhone yang menggunakan Touch ID pada butang kuasa pada 2021 akan datang.

iPhone berkenaan dijangka akan menggunakan panel berasaskan LCD, dan Touch ID ini akan berasaskan kapasitif.

iPhone ini dijangka akan hadir dibawah penawaran siri iPhone SE, sekaligus ditujukan pada harga lebih mampu milik berbanding yang hadir dengan sensor Face ID.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd