Instagram Turut Dijangka Membawa Sokongan Reaksi Pada DM

Instagram Turut Dijangka Membawa Sokongan Reaksi Pada DM

Diterbitkan pada Jan 31, 2020 oleh .

Baru-baru ini, kita telah melihat Twitter memperkenalkan sokongan “Reaksi” menggunakan emoji seumpama pada Facebook, tetapi pada bahagian Direct Messages. Menariknya, selain daripada Twitter, kini Instagram turut dilihat bakal memperkenalkan ciri lebih kurang sama.

Reaksi Instagram

Melalui kod awal yang tertiris, ia dilihat Instagram akan memperkenalkan sokongan “Reaksi” menggunakan emoji ini pada bahagian Direct Messages.

Instagram dijangka menawarkan tujuh pilihan emoji untuk tujuan reaksi di Direct Messages ini. Buat masa ini, ia masih pada peringkat pembangunan awal lagi, dan tidak diketahui bilakah ia akan diperkenalkan kepada semua pengguna seluruh dunia.



TIPS & ULASAN