Realme C3 Bakal Hadir Dengan Cip MediaTek Helio G70, Bateri 5000mAh

Realme C3 Bakal Hadir Dengan Cip MediaTek Helio G70, Bateri 5000mAh

Diterbitkan pada Jan 31, 2020 oleh .

Realme agak aktif dalam pengenalan peranti mereka hampir setiap bulan. Terbaru, pengeluar peranti berkenaan dalam persediaan untuk melancarkan Realme C3 di India.

Realme C3

Melalui halaman promosi awal yang telah pun diterbitkan oleh Realme di India, mereka memperlihatkan yang mana Realme C3 bakal hadir dengan cip MediaTek Helio G70, dilengkapi bateri 5000mAh, dan menggunakan dwi-kamera belakan gdengan kamera utama 12-megapixel.

Seperti ramai sedia maklum, siri Realme C memfokuskan kepada penawaran peranti berspesifikasi asas-pertengahan, dan ia dijangka menawarkan harga yang sangat kompetitif.

Sama-sama kita nantikan pengenalan rasmi peranti ini secara rasminya dalam masa terdekat ini.


TIPS & ULASAN