Cari @ Amanz

Samsung Malaysia hari ini telah memperkenalkan dua telefon pintar terbaru untuk pasaran tempatan dibawah siri Galaxy A, iaitu Galaxy A71 dan juga Galaxy A51.

Samsung Galaxy A51 hadir dengan skrin 6.5-inci Full HD+ Super AMOLED, dijana cip lapan-teras, memori 6GB RAM, dan storan 128GB. Ia menyertakan bateri 4000mAh bersama dengannya, pengimbas cap jari pada skrin, dan kamera swafoto 32-megapixel.

Untuk kamera utama pula, Samsung Galaxy A51 menawarkan kamera 48MP utama dilengkapi sensor 5MP (depth) + 5MP (makro) + 12MP (ultra-lebar).

Bagi yang memerlukan peranti dengan skrin lebih besar, kamera lebih berkuasa dan bateri bersaiz lebih besar, Galaxy A71 pula mungkin menjadi pilihan anda.

Galaxy A71 hadir dengan skrin 6.7-inci Super AMOLED, dilengkapi cip lapan teras, memori 8GB RAM, dan storan 128GB. Melengkapkan ia juga adalah bateri 4500mAh dengan sokongan pengecasan 25W, serta kamera swafoto 32-megapixel.

Untuk rakaman gambar, Galaxy A71 menyertakan empat kamera belakang gabungan 64MP + 5MP (depth) + 5MP (makro) + 12MP (lebar).

Di Malaysia, Samsung Galaxy A51 ditawarkan pada harga RM1299, sementara Galaxy A71 pula ditawarkan pada harga RM1799. Kedua-duanya akan dijual bermula 7 Februari 2020 ini. Pengguna boleh membuat pra-tempahan bermula 3 Februari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd