Dua Rakyat Malaysia Antara Pemenang GoPro HERO8 Black + MAX Milion Dollar Challenge

Dua Rakyat Malaysia Antara Pemenang GoPro HERO8 Black + MAX Milion Dollar Challenge

Diterbitkan pada Feb 1, 2020 oleh .

HERO8 Black + MAX Million Dollar Challenge ialah pertandingan yang dianjurkan oleh GoPro dengan wang ganjaran $1 juta kepada pemenang. Senarai 45 pemenang telah diumumkan oleh GoPro dan antaranya ialah dua dari Malaysia. Jia Wai Chong dan Baki Zainal masing-masing menerima hadiah $22,222 (~RM 91,023).

GoPro menerima 42,000 klip video dari 104 negara yang bersamaan dengan 350 jam. Setiap satunya menunjukkan aksi menarik yang berjaya dirakam menggunakan kamera aksi HERO8 dan kamera 360 darjah MAX. Video di atas ialah kompilasi kesemua 56 klip dari 45 pemenang yang memenangi pertandingan ini. Tahniah diucapkan kepada dua pemenang dari Malaysia.


TIPS & ULASAN