Sistem pengecasan pantas untuk telefon pintar semakin lama semakin hebat. Walaupun sudah kedengaran mengenai sokongan sehingga 100W dan 120W, ia masih belum sedia untuk umum. Bukan itu sahaja, walaupun Google pernah mengatakan yang pengeluar sepatutnya tidak hadir dengan sistem pengecasan tersendiri dan hanya gunakan sahaja Power Delivery – tiada siapa yang ingin dengar.
Mungkin disebabkan itu, Realme dan OnePlus turut menyertakan sokongan USB-PD walaupun terhad kepada 15W?
Terkini, pengasas bersama dan Pengerusi Nubia – Ni Fei telah mengesahkan yang peranti Nubia akan datang bakal hadir dengan sokongan pengecasan pantas 80w. Sumber mengatakan yang ia mungkin akan diperkenalkan untuk Nubia Red Magic edisi 5G. Jika benar ia akan hadir dan sedia untuk dijual kepada umum, Nubia akan menjadi pengeluar pertama dengan sistem pengecasan pantas telefon pintar. Untuk perbandingan, Realme X2 Pro hadir dengan SuperVOOC 50W dan Oppo Reno Ace pula adalah SuperVOOC 65W – kedua-duanya boleh mengecas peranti dari 0%-100% sekitar 30 minit, berapa pula peranti Nubia?
Ura-ura mengatakan yang peranti ini akan diperkenalkan pada tahun ini. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.