Samsung Galaxy Z Flip Tertiris – Diperlihatkan Dalam Video Ringkas

Samsung Galaxy Z Flip Tertiris – Diperlihatkan Dalam Video Ringkas

Diterbitkan pada Feb 2, 2020 oleh .

Samsung sedia menjadualkan tarikh 12 Februari 2020 ini untuk acara Unpacked, dimana mereka dijangka memperkenalkan beberapa peranti mercu baru. Salah satunya adalah telefon dengan skrin boleh-lipat terbaru daripada mereka, iaitu Galaxy Z Flip.

Galaxy Z Flip ini dilihat membawakan rekaan clamshell seperti telefon bimbit suatu ketika dahulu. Samsung dikatakan akan menggunakan skrin UTG pada telefon pintar ini. Rekaan peranti ini dilihat lebih mesra pengguna dan poket berbanding Galaxy Fold sebelum ini.

Samsung dijangka akan memperkenalkan Galaxy Z Flip pada 12 Februari 2020.


TIPS & ULASAN