Honor 8A Mula Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM499

Honor 8A Mula Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM499

Diterbitkan pada Feb 3, 2020 oleh .

Honor Malaysia telah mula membawa masuk satu demi satu produk yang diperkenalkan di China pada tahun lepas, dan paling terbaru, adalah Honor 8A.

Honor 8A merupakan telefon pintar dengan spesifikasi asas dan ditawarkan pada harga RM499 di Malaysia.

Honor 8A

Honor 8A hadir dengan skrin 6.09-inci, dilengkapi cip MediaTek Helio P35, memori 3GB RAM dan storan 64GB. Ia menggunakan kamera swafoto 8-megapixel, kamera belakang 13-megapixel, dan bateri berkapasiti 3020mAh. Melengkapkan peranti ini juga adalah Android 9 Pie dengan antaramuka EMUI, selain turut hadir dengan sokongan Google Mobile Services.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak penawaran Honor 8A ini melalui pengedar rasmi Honor seluruh negara hari ini.


TIPS & ULASAN